Kamis, 06 Mei 2010

Buah Pisang


manfaat buah pisang:


Pisang, buah yang sangat berkhasiat, terdiri atas air (75%), protein (1.3%) dan lemak (0.6%). Setiap biji buah pisang juga mengandungi karbohidrat dan potassium dalam jumlah yang mencukupi.

Di samping membantu menyembuhkan banyak penyakit, pisang juga berkhasiat untuk penyembuhan demam, gangguan sistem kerja pencernaan, kejang-kejang, dan tergeliat.
Tingginya jumlah potassium yang dikandungnya (0.24%) melancarkan sistem perkumuhan di dalam tubuh.

* Buah pisang ternyata banyak sekali manfaat nya antara lain……….

1. dapat menurunkan tekanan darah dan digunakan untuk penyembuhan pelbagai alahan atau elergi.

2. Potassium berfungsi bersama sodium, meningkatkan pertumbuhan sel dan otot, dan mengatur ekuilibrium air dan degup jantung.

3. Setiap perubahan pada keseimbangan sodium-potassium dapat mengakibatkan ketidakteraturan pada sistem kerja saraf dan otot. Oleh sebab itu, kita mesti menjaga ekuilibrium potassium tubuh.

4. Di samping itu, kekurangan potassium memberi kesan kepada pada edema (air berlebihan pada sesuatu organ tubuh) dan menurunkan jumlah kitaran gula di dalam darah, maka keseimbangan ini perlu tetap dijaga.

5. Pisang, yang kaya vitamin B6, juga memainkan peranan penting dalam mengawal tindak balas unsur kimia dari protein dan asid amino, dan merupakan unsur penting untuk menjaga otak berfungsi secara normal.

6. Unsur-unsur kimia ini meningkatkan pengeluaran sel darah merah, menjaga keseimbangan kimia dalam cairan tubuh, membantu pengeluaran tenaga, dan memberikan kemampuan bertahan terhadap tekanan (stres).

7. Karbohidrat berfungsi sebagai enzim pembantu dalam proses metabolisme lemak dan protein. Selain itu, pisang berupaya menyembuhkan banyak jenis penyakit anemia (kekurangan sel darah merah dalam darah atau dalam kadar hemoglobin pesakit), adalah ‘instrument’ dalam pembinaan sel dan otot, memelihara keseimbangan cairan dalam tubuh, dan menyembuhkan penyakit-penyakit pada jantung.

8. Sebaliknya, kekurangan vitamin B6 boleh mengakibatkan letih, mempengaruhi konsentrasi seseorang, insomnia, anemia, penyakit kulit, dan lain-lain.

* Pisang juga mempunyai kandungan gizi antara lain……

Air, protein, lemak, karbohidrat, potasium, dan vitamin B6.

0 komentar:

Template by : kendhin x-template.blogspot.com